Monday, June 26, 2017

Bank Terdapat di Bukit Gambir, Ledang, Johor

Di Bukit Gambir, Johor  terdapat 4 buah bank. Ini memudahkan aktiviti penduduk sekitar. Bank yang terdapat di Bukit Gambir, Johor ialah CIMB Bank, Agro Bank, Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Bank Rakyat. Dan di 7 Eleven terdapat perkhidmatan ATM AM Bank.


Alamat Cimb Bank Bukit Gambir, 101-102, Jalan Gambir 8,Bandar Baru Bukit Gambir, 84800 Ledang, Johor

Terdapat mesin ATM Deposit, Pengeluaran wang dan juga mesin Cek. Mesin ATM Cimb Bank Bukit Gambir boleh mengeluar wang note RM20, RM50 dan RM100. Pemegang card Credit dan card Debit Master Card dan Visa Card boleh menggunakan ATM ini. 



Alamat Bank Rakyat Bukit Gambir, sebaris Pizza Hut Bukit Gambir
Terdapat Mesin Deposit dan pengeluaran Wang. Mesin ATM Bank Rakyat hanya boleh mengeluarkan Note RM50 dan RM100 sahaja. Pemegang card Credit dan card debit Master Card dan Visa Card boleh menggunakan ATM ini. 





Alamat Agro Bank Bukit Gambir, 1 Jalan Bukit Gambir 5, Bandar Baru Bukit Gambir, Ledang, Johor (Sebaris KFC Bukit Gambir)
Terdapat mesin ATM deposit dan pengeluaran. Mesin ATM Agra Bank Bukit Gambir boleh mengeluarkan wang note RM10, RM20, RM50, RM100. Pengguna card Master Card dan Visa boleh menggunakan ATM ini. 



Alamat Bank Simpanan Nasional (BSN) Bukit Gambir, 168, Jalan Besar, 84800 Bukit Gambir, Ledang, Johor ( Sebelah Shell Bukit Gambir)
Hanya terdapat mesin ATM pengeluaran wang sahaja.  Pengeluaran wang yang boleh dikeluarkan ATM ini note RM50 dan RM100.


No comments:

Post a Comment